Akhirnya, tahun 2008 melabuhkan tirainya. Terasa begitu pantas masa berlalu. Bagaikan baru semalam tahun 2008 menjelma. Dalam sedar tak sedar, tahun 2009 pula menjengah kita. Huh. Pelbagai peristiwa serta kenangan terpalit dalam memori ini. Pahit. Manis. Hampir semua aku rasai dalam mengerti erti sebuah kehidupan. Mujurlah keazaman serta ketabahan banyak membantu aku mengharungi asam garam kehidupan yang penuh berliku ini.
Moga-moga tahun 2009 ini menjanjikan sebuah anjakan paradigma dalam kehidupanku ini. Diharapkan agar segala yang kuusahakan selama ini membuahkan hasil yang diingini. Dan mudah-mudahan segala impianku menjadi kenyataan.Semoga rahmat serta limpah kurnia-Nya mengiringi perjalanan hidup yang masih jauh ini. Amin.
P/s : Maaflah kerna hampir seminggu aku tidak update fotopages ini. Aku sebenarnya baru sahaja bercuti di Pulau Langkawi. Di sini aku sertakan sedikit gambar-gambar yang berjaya aku snap ketika berada di sana. Sekadar selingan untuk menanti entry perkahwinan yang akan datang.
wah...dah lama tak jumpe ko...smakin mantap la photography skills ko...ske tgk gamba2 kat sini...mesti dah kaya kan skang..tgk bisnes cm masyuk jek...bagus2...smoga ko semakin sukses yer...happy new year!
Mon 5-Jan-2009 04:19 Posted by:melinda k07
ania - lain kali laa aku beli.. hehe...
melinda - wah.. lama gak aku x dengar berita pasal ko.. alaa.. aku biasa2 je... baru start je ni... tahap amatur lagi... tq for the wish...